Wednesday, February 24, 2010

TAK SABARNYA!!!

bila aku dapat tahu 16 Mac ni aq konvo...gila teruja..
akhirnya dapat juga segulung diploma..
kalau nak tunggu degree, alamat 3 tahun lagi la..lamanya..:)
keexcitedan diriku nak konvo telah menyebabkan
diriku semangat gila merancang nak balik masa konvo
nanti dan aktiviti yang bakal dilaksanakan...

Kat bawah ini antara plan yang telah difikirkan
sejak tahu lagi 2 more week nak konvo:
  1. Beli baju nak pakai masa konvo
  2. Beli tudung
  3. Kasut baru
  4. Paksa semua datang time konvo (family la), sebab nak dorang bagi hadiah..(tak mau la bunga..nak bear & cokelat..hihi)
  5. CUTI (ni paling penting..konvo 2 hari, tapi kitorang balik Selangor 6 hari...melampau kn..kn...)
  6. Snap seberapa banyak gambar yang termampu (nasib baik bukan pakai kamera yang pakai filem, kalau tak jenuh nan membeli beberapa gulung...huhu)
  7. Jumpa semua lecturer yang termampu nak dijumpai ( tanpa diorang, tak dapat lah grad dengan jayanya..:p)
  8. PALING PENTING-practise senyum..ngee~~(sengal kannn..!!)

0 comment:

Post a Comment