Berita kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman itu secara langsung melalui televisyen kira-kira jam 11.25 malam tadi pada sidang media khas di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.
Berikutan kemangkatan baginda, Abdul Ghani memaklumkan bahawa perintah berkabung diisytiharkan serta-merta dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda, hari ini.
Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah..
Semuga roh Baginda Sultan dicucuri rahmat..
Amin..
0 comment:
Post a Comment