Wednesday, January 27, 2010

khidmat masyarakat..

assalamualaikum..

harini da 33 hari aq kat uthm..sekejap je rasanya..
padahal mase mule2 kat cni..rase cam nk balek pon ade..ngee~~
kelmarin isnin, semalam selasa...
hrini hari rabu..tem ptg je msti sume da taw d koko...mase nak daftar subjek haritu, aq decide nak pilih khidmat masy..nape aq pilih sbjek ni??ntah la..aq pon x taw..aku ni bjiwa penyanyang kot..huhu..
ececccce...xd la..2 je yg tnggal tem nak pilih nak mek koko pe..bedal sajela..
mule2 nak amek jpa..tp mak da pesan awal2..."jaja..stahun ni jgn nak lasak2..jge ksihatan."
em..xd can la nk masok jpa..huhu...(lgpon aq ni ank mithali..denga ckap mak aq..huhu..)
rini mase class KM kami discuss pasal program n mende2 yg related wit our programe..
ktorang nak wat program motivsi tuk dak2 skola..kt teknik Grik..
arap2 sumenya bjln lncar la..mybe ktorg wat program ni 5, 6, 7 Mac..
dat's mean d ag dlam 4 mnggu je lg..aduss....sempat k nk wat sume??
aq agak teruja la nak wat program ni cos ni la first time aq mlbatkn dri jd tnga pnggerak program..ceewahh..~~
poyo lak rasenya..hihi..



Sunday, January 24, 2010

Wahai Diri.Sudahkah Engkau Menyintai Rasulullah?..

Wahai Diri,Sudahkah Engkau Menyintai Rasulullah?

Seorang sahabat bertanya : Mengapa semakin hilang rasa cinta kepada RasuluLlah, walaupun terkadang ada.. tetapi sebentar sahaja ia singgah di dalam hati...

Wahai diri..


Allah telah pun berfirman yang bererti :


"Demi sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) di hari akhirat serta dia sentiasa menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (di waktu susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21.

Sabda Rasulullah yang bererti :


Bahawasanya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.'
(Riwayat al-Bukhari,Hakim dan Baihaqi)

Wahai diri, bertanyalah kembali pada dirimu :


1. Engkau cinta kepada Rasul tetapi mengapa tidak menyemak kembali sirahnya untuk menyemai rasa cinta kepada Baginda. Mengapa tidak menyemak sirah para sahabat yang dari diri mereka sendiri tercermin cinta kepada Rasulullah?

2. Engkau kata cinta kepada Rasul tetapi mengapa tidak berterusan melakukan sunnahnya walaupun sedikit?

3. Engkau mengatakan cinta kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, adakah di dalam diri sudah tersemai sifat-sifat baginda yang perlu diikuti seperti sifat sidq, Amanah, Tabligh dan Fatonah ?

4. Rasulullah tercerna pada diri baginda sallallahu 'alaihi wasallam sifat yang baik, dijadikan suri tauladan. Di zaman jahiliyyah pula orang menggelarkannya sebagai al Amin (yang dipercayai). Dari sifat Rasulullah yang mentarbiahi sahabatnya sehingga melahirkan pahlawan-pahlawan Islam yang mempunyai sifat mulia yang unggul. Bahkan melahirkan mereka yang berani berjihad dan menyebarkan Islam (dengan aqidah yang mantap, akhlak, ilmu) sehinggalah menguasai 2/3 dunia.

Muhasabahlah wahai diri, adakah sifat-sifat di bawah ini sudah kita perbuat, kita tambahkan dalam diri buat bekal hidup sehari-hari bagi menyemai cinta kepada Rasulullah ?..

1. Rasulullah berdoa dengan penuh khusyuk bahkan mengalirkan air matanya..

2. Rasulullah tidak pernah memuji dan mencerca makanan

3. Memberi hadiah kepada sahabatnya, menziarahi sahabat-sahabatnya.

4. Baginda yang selalu memulakan salam dan senyum kepada orang Islam yang dijumpainya

5. Baginda suka kepada anak-anak terutamanya anak yatim

6. Memberikan perhatian kepada orang yang bercakap.

7. Lemah lembut tutur katanya, mempunyai perasaan malu

8. Mengutamakan umat Islam dari dirinya dan keluarganya. Sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri di dalam kesusahan.

9. Di dalam peperangan, bagindalah di hadapan sekali menjadi panglima perang.

10. Sabar di dalam dugaan. Dihina, dicemuh, dimaki hamun, dibaling najis. Ia masih sabar dan cekal.

11. Baginda menjaga penampilan diri, menyikat rambut dan janggutnya, memotong kuku, memotong bulu ari-ari. Baginda amat mementingkan kebersihan.

12. Baginda bangun malam sehingga bengkak kakinya untuk menyembah ALlah kerana melahirkan rasa bersyukur..

13. Gurauan Baginda adalah benar dan tidak berbohong.

14. Tidak menghina orang miskin dan tidak segan untuk bergaul dengan mereka.

15. Baginda amat sayang kepada umatnya.

16. Rasulullah tidak menghukum tanpa diselidiki terlebih dahulu.

17. Alangkah terlalu sempit ruangan ini untuk menceritakan keindahan akhlakmu ya Rasulullah...

Menyintaimu Ya Rasulullah :

Diriwayatkan dari Abdullah bin Hisyam radiyallahu 'anhu berkata : "Ketika kami bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, Baginda memegang tangan Umar radiyallahu 'anhu." Umar berkata yang bermaksud :

"Wahai Rasulullah, cinta kepadamu melebihi segala sesuatu kecuali pada diriku sendiri." Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata. "Tidak, demi jiwaku yang ada dalam kekuasaanNya, hendaknya aku menjadi orang yang lebih engkau cintai dari dirimu sendiri." Lalu Umar radiyallahu 'anhu berkata, "Sungguh, sekarang engkau ialah orang yang lebih aku cintai daripada diriku sendiri." Maka Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam berkata, "Nah sekarang engkau adalah Umar." Maksudnya, "Sekarang telah sempurna imanmu".

(Riwayat Bukhari dan Syaibani).

Saturday, January 23, 2010

Jangan Mengalah..ALLAH sentiasa bersama kita..


Bila engkau letih & hilang semangat.

Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya

Bila tangismu bepanjangan & hatimu duka,

Allah telah mengira titis air matamu.

Bila engkau rasa ketinggalan

& masa meninggalkanmu,

Allah tetap bersamamu,

Bila engkau kebuntuan akal,

maka Allah adalah penunjuk jalan..

apabila engkau telah berazam,

MAKA, Bertawakallah kepada Allah




papadom..!!


salam..

tadi baru je tengok cite Papadom dengan rumate..
cite ni da lame kuar..
baru bekesempatan nak tengok..
mula2 malas la nak tengok..nak study math la konon-kononnya..
tahan..tahan...study dulu..
last2.....tergoda gak aku ngan cite papadom ni..huhu




bg aku..citer ni sangat best..
camane seorang bapak yang buat macam2 utk anak kesayangan dia...
dari kecik sampai besar bapak die take care gile kat anak die..
sampai 1 tahap, anak die rasa rimas dengan kasih sayang n kebimbangan bapak die yang dirasakan over gila...
tapi, aku tengok pon ala2 rimas gak la..
dah form 5 pon nak tolong hantarkan sampai masuk dalam kelas, segan ar anak die nan kengkawan..
pastu, time rehat siap bawakkan bekal lg..
tp..
kalau sekali sekala dapat camtu..
best gak..ngee~~

moral of the story..
kita sebagai anak kenalah appreciate apa yg parent kita buat..
walaupun kadang2 macam merimaskan kita..
sebab attention dorang cuma nak kita selamat dan sentiasa mendapat yang terbaik..
mak bapak mane yang tak sayangkan anak dorang kan..
Kalau ada pun, tak tau la dorang tu dari planet mane..~~ (pluto kot..!!) :p

Sayangilah Ibu Bapa kita, coz tanpa mereka, siapalah kita..
tak kira macam mana hebat pon kita..
Ingat lah..
Redha Allah itu bergantung pada redha ibu bapa..
kalau ibu bapa kita redha kat kita..
InsyaAllah redha Allah sentiasa mengiringi kita..



Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa



renung2 kan & selamat beramal..




Friday, January 22, 2010

kemangkatan Sultan Johor..

Berita kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman itu secara langsung melalui televisyen kira-kira jam 11.25 malam tadi pada sidang media khas di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.


Berikutan kemangkatan baginda, Abdul Ghani memaklumkan bahawa perintah berkabung diisytiharkan serta-merta dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda, hari ini.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah..

Semuga roh Baginda Sultan dicucuri rahmat..

Amin..

hari pertama ku disini....




hari ni first day aku menyibukkan diri dengan wat blog nih..
apa mende sbenarnya blog ni...entah la..
aq pon baru nak explore..
mungkin blog ni aku leh jadikan 1 medium untuk aku boleh luahkan apa2 yang aku rasa nak luahkan tp tak tau nak share ngan sape..