Sunday, January 30, 2011

Back..!!!!!

Dah lama sangat tak hupdate belog ni..ni pun sebab balik rumah. time kaseh kat streamyx yang sangat2 berjasa. ekcely ada broadband kat rumah sewa..tapi, sangat2 lembab. malas nak online guna berukband tuh. menyaketkan hati je. aku ni dah la bukan orang yang penyabar. memang nak menguji keimanan la kalau nak online kat rumah sewa..huhu.. balik kali ni cuti seminggu, Apa nak buat ya?

pikir jap..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lama ni nak pikir..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
em..siapkan assignment n revision tuk test yang menimbun2..
tapi...rajin ke nak buat semua tuh???
kompem TAK..:)
jadi marilah kita main games kat FB..
memenuhkan masa yang terluang..cuti seminggu pulak..bnyak gila masa nak main games..

Sunday, January 09, 2011

Full Result AJL

salam..
korang tengok anugerah juara lagu x? saya tengok kat kedai makan ngan housemate..yela..memandangkan kat rumah kitorang ni tb tak ada..kenelah menumpang kat kedai tu. Lama kot melepak kat kedai tu. dari kul 8 lebih smapai la pukul 12 setengah. lenguh jugaklah badan duduk kat kerusi tu lama sangat. Syaza sampai tertidur..ngantuk bebnor la tuh. Overall anugerah tu BEST..tak adalah bosan.. tapi part sapa menang tu yang tak best..tapi nak buat camana..dah rezeki masing2..kan..kan..
okeh..ni full result AJL.




Persembahan Terbaik : Faizal Tahir (Hanyut)
Vokal Terbaik : Hafiz (Noktah Cinta)
Ke-3 : Hafiz (Noktah Cinta)

Ke-2 : Black & Meet Uncle Hussein (Drama King)

Juara : Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)


Congrats tuk Ana Raffali..:)
Majulah Industri hiburan untuk negara..
Peace No War..

Saturday, January 08, 2011

makan ikut warna.:)


SiHAT : Langsing dengan makanan berwarna

images?q=tbn:ANd9GcQ63mUmTvHlc1WWj9W0pscg2i2Tfhvl42MED4ZBRgXbhENDDEQ6XA
Tahukah anda, pengambilan buah dan sayur pelbagai warna dalam diet amat baik untuk kesihatan? Bagi yang sedang giat menjalankan program pengendalian berat badan, tidak kira sama ada program bersama pusat-pusat pelangsingan mahupun mengendalikannya sendiri, pengambilan makanan amat penting dalam menentukan keberhasilan program pelangsingan. Ini termasuk dalam pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita wajar bersyukur kerana negara kita cukup kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu variasi.


Pelbagai warna boleh didapati, sedar ataupun tidak, warna-warna makanan melambangkan kandungan nutrisi tertentu di dalamnya. Lebih menarik lagi, pengambilan pelbagai makanan berwarna (yang semulajadilah, ya!) sebegini dikatakan dapat melangsingkan badan. Menurut David Heber dalam buku What Color Is Your Diet? , semakin pekat atau ketara warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan, semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya.


Menurut Eric Breverman dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet pula, kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia.


Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan berwarna yang boleh anda jadikan panduan dalam menyusun pola pemakanan dengan lebih baik dan membantu kita menambahkan sel-sel otak.


Merah terang
Makanan seperti tomato dan tembikai merupakan antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna ini menandakan makanan ini mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.


Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C sebagai antioksidan dapat meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus. Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh.


Red Ruby atau merah gelap


Buah sitrus seperti grapefruit merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.


Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah cranberries, raspberries, ceri, kacang merah dan buah delima.


Oren (jingga) terang


Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari dan jauhi produk jus buah-buahan yang kaya kalori.


Kuning terang


Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak vitamin C dan mengandungi beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik dapat mempertahankan tekanan darah anda dalam keadaan yang normal.


Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi peradangan) yang mempunyai komponen anti kanser dan antioksida. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh. Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan pencernaan, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.


Makanan berwarna kuning ini juga boleh memperbaiki penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.


Hijau gelap


Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen anti kanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya. Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi peradangan secara semulajadi.


Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanafaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula darah dalam tubuh selain mencegah menyakit jantung.


Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membangun tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis Brussel dan sebagainya setiap hari.


Putih kehijauan


Makanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.


Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus. Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol serta mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga.


Biru gelap


Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanafaat sebagai anti penuaan. Buah dan sayuran berwarna biru glep kaya antioksida. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.


Ungu gelap


Makanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksida. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung ungu dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.



words for today..:)

Demi kejayaan rebutlah lima masa;
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)

♥ mutiara kata ♥

Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan  dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu’minun :1-3 )

candle light diner ♥♥♥

salam..
mesti tertipu kalo baca title je..
CANDLE LIGHT DINER???
tipu je..
makan malam sudah..:)
Tepat je pukul 9 kompem perut ni bergendang. lapar..lapar..huhu..
ke manakah destinasi untuk makan malam ni..
okeh..tutup mata..nak pikir jap
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lama ni nak pikir..
untuk dapatkan lokasi makan-makan yang strategik
huhu..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
pikir dan pikir
yeay !!!!! da dapat..
kami pilih nak makan kat SERAMBI RASA
menarik tak nama restoran ni?
malam ni makan dengan wani, wawa and Sayna
aku order nasi goreng ikan masin dan telur mata lembu :)



serambi rasa --> unik kan..??? huhu..

azza-wawa

sayna-wani

comell kan kuali tuh..excited jugakla nak makan tyme nih..huhu..

tengok gambar kanan..
licin kot..memang lapar giler la tyme nih..haha
pastu dia masak memang sedap..
makan hingga ke butiran nasi yang terakhir..:)






♥♥ sekian ♥♥



Monday, January 03, 2011

Mahukan kan GANJARAN yg banyak??? jom baca..:)


Salam..entry kali nie nak citer pasal Facebook games..
Memandangkan semester break lama sangat, habis semua game kat facebook aku teroka dan jelajah..huhu..semua rasa nak main..teruja kot..Fishville, Cityville, Tresure Island, Cafe World and Mall World..Masa dulu-dulu aku main fishville je..bela-bela ikan ni jela aku reti main.huhu..kalo bela ikan ni tak payah main hari-hari..asalkan bagi ikan-ikan ni makan..besarlah dia..huhu..
dah duduk rumah sebulan, memang tak ada kerja nak buat..jadi marilah kita main game untuk mendapatkan ganjaran yang banyak..heehee..:)

1.Fishville

2.Cityville

3.Tresure Island

4.Cafe World

5.Mall World

kalau main game, berjam-jam depan lappy pon takpe..huhu..cuba kalau baca buku..5 minit pun cukup la..
kompem da ngantuk gila-gila..wahaha..jadi..majulah games untuk negara..:)